Pusat Optometri Leeyana

Pemeriksaan Kesihatan Mata Holistik Kedah

Optometris mahir kami komited memastikan kejelasan penglihatan anda, melalui penerangan yang mudah difahami dan penyampaian yang mesra dari hati

Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah

Ditubuhkan pada tahun 2020,ย  Leeyana Optometry sebagai pusat optometri meyediakan solusi kesihatan mata dan penglihatan komprehensif untuk semua lapisan masyarakat.

Pakar Optometris Keluarga anda

Kenapa Pilih Leeyana Optometry

Kami percaya bahawa setiap mata adalah unik. Oleh itu, kami menawarkan solusi rawatan personal yang tertumpu kepada keperluan unik anda.

Pakar Optometri Berpengalaman

Servis Holistik Mesra Keluarga

Pilihan Produk Yang Luasย 

Pusat optometri klinikal, bukan sekadar kedai cermin mata

Leeyana Optometry ialah pusat optometri di Kedah yang menilai kesihatan mata anda terlebih dahulu, kemudian baru mencadangkan cermin mata. Pada awal penubuhan, kami lebih tertumpu kepada jualan cermin mata. Sejak 2023, fokus kami diluaskan kepada kesihatan mata. Kami telah beroperasi sejak 7 September 2020.

Refraksi yang lebih tepat

Refraksi mata kami tidak bergantung pada mesin autorefraktor semata-mata. Optometris kami juga membuat refraksi secara manual menggunakan retinoskop supaya keputusan lebih tepat.

Bahagian hadapan dan belakang mata diperiksa

Dalam satu pemeriksaan komprehensif, kami menilai bahagian hadapan dan belakang mata. Jika ada masalah dikesan, kami rujuk anda untuk rawatan lanjut pada peringkat awal.

Lebih daripada cermin mata

Selain cermin mata, klinik optometri kami menyediakan ujian penglihatan warna, penilaian otot mata, kanta lekap khas, terapi penglihatan, penjagaan mata kanak-kanak dan bantuan penglihatan rendah. Baca lebih lanjut tentang pemeriksaan mata komprehensif di halaman servis kami.

SERVIS KAMI SEDIAKAN

Solusi Penjagaan Mata Yang Disediakan

Penjagaan Mata Komprehensif

Pemeriksaan menyeluruh ke atas bahagian hadapan (anterior) dan belakang (posterior) mataโ€”termasuk kornea, kanta, iris, retina serta saraf optik.

Penilaian Segment Anterior

Pemeriksaan terperinci bagi mengesan keadaan seperti mata kering dan katarak.

pemeriksaan mata

Penilaian Segmen Posterior

Penilaian retina, saraf optik dan makula untuk mengenal pasti masalah seperti retinopati diabetes, detasmen retina atau degenerasi makula.

Pakar Optometris Keluarga anda

Dua cawangan Leeyana Optometry di Kedah

Kedua-dua cawangan pusat optometri ini dibuka setiap hari, Isnin hingga Ahad, dari 10.00 pagi hingga 6.30 petang.

Leeyana Optometry cawangan Kuala Ketil

Kuala Ketil

No 155, Persiaran KKCC 3, 09300 Kuala Ketil, Kedah.

Telefon: 018-467 8951

Leeyana Optometry ditubuhkan di sini pada 7 September 2020. Lihat maklumat penuh cawangan Kuala Ketil.

Leeyana Optometry cawangan Alor Setar di Tandop

Alor Setar

No 156, Tingkat Bawah, Jalan Seri Tandop, Taman Seri Tandop, Tandop, 05400 Alor Setar, Kedah.

Telefon: 011-3176 3951

Cawangan ini beroperasi sejak 2 Julai 2023. Lihat maklumat penuh cawangan Alor Setar di Tandop.

Penjagaan mata untuk komuniti Kedah

Kami menjalankan saringan mata percuma di sekolah dan agensi kerajaan di seluruh Kedah. Kami juga menyertai program Amblyopia and Visual Impairment Screening (AVIS), iaitu saringan mata kanak-kanak prasekolah bersama optometris di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk sektor industri, kami pernah menjalankan program saringan mata di kilang, termasuk untuk Inokom, Schaefer Kalk dan SilTerra.

Pada 2024, kami melancarkan kempen “Control from the Start” untuk menggalakkan pemeriksaan mata berkala. Kami amat menggalakkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas, atau mempunyai sejarah keluarga penyakit mata, menjalani pemeriksaan komprehensif. Pengesanan awal penting kerana banyak penyakit mata boleh membawa kepada kebutaan senyap jika tidak dipantau.

pusat optometri

Bingkai Berjenama di Leeyana Optometry

TESTIMONI PELANGGAN KAMI

Apa Kata Pelanggan Kami

Kamil
Professional service at an affordable price. This goes into my optometrist A-list.
Azela Nurul
Good service..friendly...
Liyana Umairah
good and fast service ๐Ÿ‘๐Ÿป sesuai untuk student sangat recommend
Jsham Muhammad
Kedai cermin mata terbaik untuk marhain masa kini
Hafiz Zahari
Ada spek rahmah RM50 ja. Tahan walau pakai lasak, lens & frame tak calaq pun. Recommend. Service tiptop. Dah berbulan pakai masih follow up. Service 5 stars !
Roxy Zal
Pelbagai pilihan harga sesuai dgn keperluan, penerangan jelas oleh Optometrist yg lemah lembut & peramah. Sangat2 recomended๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Syabas anak muda, semoga sukses berterusan dan memberi khidmat kepada komuniti sekitar.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Ainin Jamal
service paduu , pekerja sangat friendly , sangat recommend!!!
Muhammad MR
Service: 5 stars Item: 5 stars Staff: 5 stars
FD
Very recommended. Optometrist memberikan penerangan y jelas dan terperinci. Thank you utk service y tip top Leeyana Optometry !
Mohd Syarifuddin
Staff yang peramah. Optometris bagi penerangan yang detail ketika check mata. Very recommended๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Asma Solehah
Kakak jaga kedai peramah dan baik . Kedai bersih, harga boleh runding . Terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Hakeem Kamarudin
Alhamdulillah among the best Optometrist servises at Kuala Ketil,Kedah.. Pakat mai naaa

Soalan Lazim

Apakah itu pusat optometri?

Pusat optometri ialah tempat optometris memeriksa penglihatan dan kesihatan mata, menentukan preskripsi cermin mata atau kanta lekap, dan merujuk anda untuk rawatan lanjut jika perlu. Optometris tidak melakukan pembedahan mata. Pembedahan dilakukan oleh pakar oftalmologi.

Apakah beza pusat optometri dengan kedai cermin mata biasa?

Pusat optometri mengutamakan pemeriksaan mata oleh optometris, manakala kedai cermin mata biasa lazimnya tertumpu pada jualan bingkai dan kanta. Di Leeyana Optometry, anda boleh membuat pemeriksaan mata dan memilih cermin mata di satu tempat.

Di mana cawangan Leeyana Optometry?

Kami ada dua cawangan di Kedah, sesuai jika anda mencari kedai optometrist di Kuala Ketil atau Alor Setar: Kuala Ketil (No 155, Persiaran KKCC 3) dan Alor Setar di Tandop (No 156, Jalan Seri Tandop, Taman Seri Tandop).

Pukul berapa Leeyana Optometry dibuka?

Kedua-dua cawangan dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 6.30 petang, Isnin hingga Ahad. Hubungi cawangan terlebih dahulu jika anda ingin datang pada hari cuti umum.

Siapa yang patut menjalani pemeriksaan mata komprehensif?

Sesiapa sahaja boleh, tetapi kami amat menggalakkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang ada sejarah keluarga penyakit mata. Pemeriksaan ini menilai bahagian hadapan dan belakang mata, jadi penyakit yang belum bergejala boleh dikesan awal.